Anda di sini

Lelaki Sabah maut dalam nahas

Advertisement

Kenderaan dinaiki bersama majikan hilang kawalan, rempuh tepi lori

KUCHING: Seorang lelaki berasal Sabah terbunuh selepas pikap yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Serian, dekat sini malam kelmarin.

Mangsa ialah Suhaili Jawali berusia 47 tahun dari Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut sumber, mangsa dikatakan duduk di bahagian penumpang hadapan pikap tersebut yang dipandu oleh majikannya semasa kemalangan tersebut berlaku berdekatan Kampung Slabi, Serian sekitar jam 8 malam.

“Difahamkan, pikap yang dipandu majikannya itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan ia terbabas lalu merempuh bahagian tepi sebuah lori yang diparkirkan di tepi jalan raya tersebut,” kata sumber.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

Majikan mangsa bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan masih dirawat di Hospital Serian.

Siasatan polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan.

 

Advertisement