Anda di sini

Lelaki dipercayai terlibat pecah rumah, curi diberkas

Advertisement

MIRI:  Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi berjaya diberkas polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan RPR Batu 6 sini petang kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek yang berusia lingkungan 30-an dibuat mengikut Seksyen 23 (1) (a) Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis.

Terdahulu, menurut sumber, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5 petang kelmarin sepasukan polis menyerbu rumah suspek yang terletak di RPR Batu 6 di sini.

Hasil serbuan, polis telah menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.

Polis yang kemudian membuat pemeriksaan lanjut telah menjumpai dan merampas sebuah basikal yang dipercayai barang curi.

Berikutan itu, suspek telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan lanjut.

Advertisement