Anda di sini

Kelantan sasar tarik 500,000 pelancong pada Ramadan dan Aidilfitri

Advertisement

PASIR PUTEH: Kempen ‘Citra Rasa Ramadan Tahun Melawat Malaysia’ me-nyasarkan 500,000 pelancong domestik dan luar negara mengunjungi Kelantan se-panjang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Ke-lantan sedang giat mempromosi kempen itu, kata Pengarahnya Mohd Aidil Afizie Daud.

“Keistimewaan 200 jenis makanan dan kuih tradisional Kelantan akan menjadi daya tarikan utama juadah berbuka puasa selain lokasi menarik dan pusat peranginan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Citra Rasa Ramadan Negeri Kelantan di sebuah resort di Tok Bali di sini, malam kelmarin.

“Saya yakin kepelbagaian juadah berbuka puasa se-panjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini mampu membantu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negeri ini,” katanya. — Bernama

 

 

Advertisement