Anda di sini

DAP Bintangor baiki jalan rosak dengan duit sendiri

Advertisement

KERJASAMA: Ahli-ahli jawatankuasa DAP Cawangan Bintangor bergotong-royong memperbaiki jalan terbabit, semalam.

BINTANGOR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Bintangor bertindak memperbaiki jalan yang rosak menggunakan perbelanjaan sendiri, semalam.

Jalan yang rosak itu terletak di antara Perpustakaan Bintangor dan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintangor.

Menurut jurucakap DAP Cawangan Bintangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Ting Tze Fui bersama jawatankuasa parti cawangan itu telah mengemukakan aduan mengenai jalan itu kepada pihak yang berkenaan di daerah itu sebelum ini.

Jalan yang mendap itu didapati amat berbahaya kepada keselamatan pengguna, malah boleh merosakkan kenderaan, katanya.

Jelasnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan sehingga memaksa DAP Cawangan Bintangor mengambil iniasitif sendiri untuk membaiki jalan itu demi keselamatan orang ramai.

“Kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bahan-bahan keperluan seperti tanah, batu, simen dan sebagainya untuk digunakan memperbaiki jalan terbabit.

“Ini semua atas dasar prihatin dan rasa tanggungjawab kami kepada masyarakat setempat. Kita tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik kita memperbaiki jalan terbabit daripada terus menunggu pihak yang berkenaan,” tegasnya.

Katanya, beberapa jawatankuasa DAP Cawangan Bintangor telah bergotong-royong memperbaiki jalan terbabit dengan menutup bahagian yang mendap itu dengan simen dan batu.

“Itu sahajalah yang kita dapat bantu, justeru pihak berkenaan di daerah ini harus mengutamakan masalah rakyat dan tidak memupuk sikap suka bertangguh.

“Pihak berkenaan harus membuka mata dan memasang telinga pada masalah-masalah lain.

Sudah menjadi tanggungjawab mereka jika kemudahan awam atau insfrastruktur mempunyai apa sahaja masalah untuk ditangani oleh mereka,” tambahnya.

Advertisement