Anda di sini

Alumni UIAM perlu jadi duta penyatuan ummah: Rais

Advertisement

KUALA LUMPUR: Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) perlu menjadi duta kepada penyatuan ummah di seluruh negara, kata Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau menegaskan bahawa peranan menyatukan ummah bukan hanya terletak kepada pemimpin, namun ia menjadi tanggungjawab semua pihak dalam membentuk sahsiah diri dan peningkatan ilmu.

“Apa salahnya mereka menjadi pihak yang memainkan peranan tersebut di seberang laut (negara ma-sing-masing).

“Mereka menjadi satu tunjang penting dalam menyambung percantuman ummah antara masyarakat di seluruh dunia,” katanya selepas me-rasmikan The Global Alumni Homecoming 2014 di UIAM di sini semalam.

Rais berkata alumni itu bakal menjadi benteng ummah supaya ikatan persaudaraan diterjemahkan dalam erti kata sebenar.

“Kita bakal melihat bagai-mana cerdik pandai Islam berfikir mengenai perundangan antarabangsa termasuk memperjuang hak asasi manusia,” kata Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia.

Mengulas mengenai alumni itu, beliau berkata alumni UIAM juga mesti memainkan peranan mengukuhkan ukhwah Islamiah berasaskan tuntutan Islam yang sebenar yang tidak menggunakan isu-isu politik.

Beliau sebelum itu melancarkan Alumni Networking Portal dan Alumni House yang bakal mengukuhkan lagi jambatan silaturahim antara alumni UIAM seluruh dunia.

“UIAM setakat ini menghasilkan 64,000 graduan tempatan dan antarabangsa. Sudah tiba masanya kita satukan mereka ini di bawah satu naungan alumni,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais memberitahu bahawa pihak UIAM telah menubuhkan jawatankuasa khas bertanggungjawab mencari jalan penyelesai-an bagi mengatasi masalah banjir di kawasan kampus-nya.

Berdasarkan maklumat, UIAM mendapati antara punca banjir kilat itu ialah projek pembangunan di hulu sungai yang berhampiran dengan universiti, katanya.

Beliau diminta mengulas insiden banjir kilat yang melanda universiti itu minggu lepas, setinggi kira-kira satu meter berikutan hujan lebat sehingga menenggelamkan lima kenderaan pelajar dan kakitangan. — Bernama

Advertisement