Anda di sini

30 motosikal berkuasa tinggi dari Brunei, Sibu konvoi ke Samarahan

Advertisement

BERSEMANGAT: Abdul Razak (berdiri lapan kanan) bersama ahli-ahli Razz Chopper MC dan PEMODA sebelum bertolak ke Kota Samarahan, semalam.

SIBU: Sebanyak 30 motosikal berkuasa tinggi dari Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA), Brunei Darussalam dan Razz Chopper MC dari Sibu menyertai konvoi dari Sibu ke Samarahan untuk menyertai Festival Motosikal Samarahan 2014, semalam.

Presiden Razz Chopper MC Abdul Razak Abdul Salam berkata, program itu adalah sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan para penunggang motosikal berkuasa tinggi Samarahan ketika ‘Sibu Bike Week’ beberapa bulan lepas.

“Jadi, kini giliran kami untuk memberi sokongan dan semangat yang sama dengan menyertai Festival Motosikal Samarahan 2014,” ujarnya ketika ditemui di Rafie Cafe sebelum bertolak ke Kota Samarahan semalam.

Festival Motosikal Samarahan 2014 dianjurkan oleh Tegar Bikers berlangsung dari 13 hingga 15 Jun di Summer Mall, Kota Samarahan.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PEMODA Khairul Md Ya’akub. Konvoi dari Sibu ke Samarahan akan diketuai oleh Abdul Razak.

Festival itu dijangka mendapat sambutan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh kepulauan Borneo.

“Harapan saya adalah agar dapat menaikkan semangat persaudaraan antara penunggang motosikal besar yang mempunyai minat yang sama dengan mengambil tempat dalam aktiviti seperti ini.

“Selain itu, ini dapat menonjolkan budaya menunggang motosikal yang selamat ketika berkonvoi bersama kumpulan,” tambah Abdul Razak.

Advertisement