Anda di sini

Hampir 1,000 meriahkan majlis sambutan ulang tahun ke-52 PPWS

Advertisement

AURA WANITA: PPWS Daerah Limbang sempat bergambar sebagai tanda kenangan.

TONJOL BUDAYA: PPWS Cawangan Kampung Pahlawan sempat bergambar dengan wanita kaum
Iban yang lengkap berpakaian tradisi mereka.

JADIKAN KENANGAN: Aisyah (empat kanan) menyerahkan cenderamata kepada Hasbi, disaksikan Hamdiah (dua kiri) Hamidah, Dayang Suridah (tiga kanan) dan tetamu lain.

 

 

Oleh Mastura Ismail //

HAMPIR 1,000 tetamu memeriahkan majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-52 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Peringkat Negeri yang berlangsung penuh warnawarni di Limbang baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan ulang tahun tersebut termasuk Ambang Sambutan Hari PPWS, Program PPWS Badudun melibatkan lapan buah cawangan Sungai Limbang, senamrobik melibatkan 49 cawangan dan kemuncak sambutan dengan majlis makan malam.

Hadir memeriahkan majlis makan malam itu Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Turut sama ialah Pengerusi PPWS Negeri Aisyah Edris, Timbalan Residen Sosial Hamidah Halpi, Pegawai Daerah Limbang Hamidah Bakir, Pengelola PPWS Kawasan Limbang dan LawasMardiah Awang Said, Pengerusi PPWS Daerah Limbang Dayang Suridah Mohamad Superi dan jawatankuasa PPWS lain.

 

Advertisement