Anda di sini

Terengganu bentuk jawatankuasa khas agih rumah kepada rakyat

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menu-buhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu perumahan dan pengagihan rumah mampu milik dan kos rendah tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jawa-tankuasa yang diketuai Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Osman Muda itu diberi masa sebulan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan isu perumahan yang kritikal di kalangan rakyat negeri ini.

Katanya pengagihan rumah mampu milik dan kos rendah yang sudah siap dibina akan dilakukan antaranya termasuk projek perumahan di Manir, Hulu Terengganu.

“Sehingga kini, urusan temuduga sedang dijalankan bagi pemohon yang layak dan pengagihan dibuat dengan seadilnya bagi memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

“Kita akan meneruskan semua manifesto yang telah dimulakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan fokus utama termasuklah isu perumahan iaitu 1Rumah 1Keluarga ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebanyak 10,000 unit rumah dijanjikan akan dibina untuk tempoh lima tahun akan datang. — Bernama

Advertisement