Anda di sini

JKR diminta memperluas penggunaan media baharu

Advertisement

PORT DICKSON: Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) memperluaskan penggunaan media baharu seperti Facebook dan Twitter bagi menangani isu yang dibangkitkan orang awam.

Katanya menerusi media baharu, JKR dapat menjawab persoalan berbangkit dengan lebih pantas selain penyebaran maklumat yang lebih meluas.

Gunakan media baharu untuk menangkis tohmahan dan menepis persepsi negatif sesetengah pihak yang sentiasa mencari jalan memburukkan perkhidmatan awam, katanya semasa berucap Mesyuarat Pegawai Kanan JKR 2014 di sini semalam.

Fadillah juga mahu JKR memperkemas sistem tek-nologi komunikasi dan maklumatnya bagi me-ningkatkan kecekapan orga-nisasi.

“Saya juga mengingatkan sekali lagi kepada semua warga JKR supaya amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta mengikut peraturan yang telah digariskan demi menjaga nama baik jabatan dan kementerian,” kata-nya.

Pada majlis itu, JKR Daerah Pontian, Johor di-umum pemenang Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2014.

Hampir 400 pegawai kanan JKR termasuk pengarah hadir mesyuarat selama tiga hari itu. — Bernama

Advertisement