Anda di sini

Exco Agama Pulau Pinang mohon maaf kepada keluarga Cheng Cheng

Advertisement

GEORGE TOWN: Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim hari ini memohon maaf kepada keluarga Teoh Cheng Cheng atas insiden pada Isnin lepas melibatkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau berkata tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati, Tan Mah Suan.

“Saya bagi pihak JHEAIPP dan selaku Exco Hal Ehwal Agama ingin memohon maaf kepada keluarga si mati (Cheng Cheng) atas insiden yang berlaku Isnin lepas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada Isnin lepas, mayat Cheng Cheng telah dituntut JHEAIPP dengan kehadiran polis ketika upacara pengebumian mengikut agama Taoism kerana si mati didakwa sudah memeluk agama Islam.

Abdul Malik berkata beliau menghormati keputusan keluarga untuk merujuk isu berkenaan ke mahkamah untuk memutuskan status ke-Islaman si mati. — Bernama

Advertisement