Anda di sini

26 pasukan berentap pada kejohanan futsal MAKSAK Bahagian Kuching

Advertisement

KUCHING: Sejumlah 26 pasukan bakal bersaing pada Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan (MAKSAK) Peringkat Bahagian Kuching yang akan diadakan pada Sabtu ini (14 Jun) di Stadium Futsal Coneli, Jalan Matang.

Pengerus i Kejohanan Zamahari Saidi berkata sejumlah 26 pasukan merangkumi dua kategori (lelaki & wanita) bertanding untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan selama sehari itu.

Katanya, 16 pasukan yang berentap bagi kategori lelaki antaranya BSN, PDRM A, Yayasan Sarawak, JKR Bahagian Kuching A (Kumpulan A), DBKU, PDRM B, LHDN, JKR Sarawak A (Kumpulan B), RTM, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Perhutanan Sarawak, JKR Sarawak B (Kumpulan C), MPP, BERNAS, JBS dan KPA (Kumpulan D).

Manakala sepuluh lagi pasukan untuk kategori wanita iaitu SEB, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, PDRM A, DBKU, LHDN (Kumpulan A) dan Yayasan Sarawak, JKR Sarawak, Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dan PDRM B (Kumpulan B).

“Format kejohanan adalah liga kumpulan, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke suku akhir (kategori lelaki) dan separuh akhir (kategori wanita),” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Kuching semalam.

Terdahulu Zamahari memberitahu, kejohanan tersebut bertujuan memilih pemain mewakili MAKSAK Bahagian Kuching bertanding dalam Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Sarawak 2014 yang akan berlangsung di Bahagian Limbang pada bulan Ogos nanti.

“Kejohanan seperti ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada kakitangan kerajaan mempamerkan bakat masing-masing dalam sukan namun turut memberi peluang kepada mereka berkenalan secara lebih dekat antara satu sama lain,” tambahnya.

Majlis perasmian kejohanan akan disempurnakan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak, Zuraimi Sabki.

Advertisement