Anda di sini

Seorang lagi suspek ceroboh syarikat pelancongan ditahan

Advertisement

SIBU: Polis berjaya menahan seorang lagi suspek diper­cayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah syarikat pelancongan Sabtu lalu di sini semalam.

Berdasarkan maklumat, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Bukit Assek di sini yang merupakan kediaman rakan suspek.

Menyedari kehadiran po­lis, suspek bersembunyi di bawah tangga namun berjaya dikesan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, seorang suspek berjaya ditahan pada malam Ahad di sebuah hotel bajet di Jalan Pedada, di sini ketika suspek sedang bersama-sama teman wanitanya.

Dalam kejadian tengah hari Sabtu lalu, syarikat pelancon­gan terbabit mengalami keru­gian kira-kira RM175,000 selepas dipecah masuk.

Pemilik syarikat yang dike­nali sebagai Ngui mendakwa kehilangan wang tunai antara RM25,000 hingga RM30,000 serta sejumlah mata wang asing.

Turut dilarikan pencuri ialah lima cincin emas, lima rantai leher serta dua utas gelang tangan.

Selain itu, turut hilang ialah sebuah projektor, komputer riba, televisyen serta modem.

Rakaman kamera litar ter­tutup (CCTV) mendapati tiga lelaki datang menggunakan sebuah kereta berwana biru bertindak memecah masuk premis terbabit.

Polis kini masih menjalani siasatan lanjut mengesan se­orang lagi suspek yang masih bebas.

 

Advertisement