Anda di sini

Sarawak catat peratusan mengundi tertinggi bagi pilihan raya Indonesia

Advertisement

KUCHING: Sarawak mencatatkan peratusan pengundi Indonesia tertinggi di dunia dengan 72.23 peratus turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia untuk Parlimen, 9 April lepas.

Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Sarawak Fathan Seotrisno berkata, bilangan peratusan turun meng-undi yang tinggi itu didorong pengenalan tiga strategi.

Tiga strategi tersebut me-rangkumi kesedaran pilihan raya dengan majikan dan pekerja Indonesia, peti undi bergerak serta jawatankuasa komited dalam melicinkan proses pengundian.

Bilangan pengundi berdaftar yang berada di Sarawak berjumlah 98,540 manakala turun pengundi 71,276.

“Kita boleh lihat PPLN Sarawak mencatatkan bilangan turun mengundi tertinggi dengan 72.23 peratus berbanding PPLN yang mempunyai bilangan peng-undi berdaftar lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemilihan Umum Presiden dan Wakil Presiden Indonesia Tempoh 2014 hingga 2019 di sini, semalam.

Menurutnya, PPLN Sara-wak kini menjadi model kepada PPLN lain terutama dari segi bilangan turun peng- undi untuk pemilihan presidan dan wakil presiden akan datang.

“Kita bersyukur kerana majikan di Sarawak memberi kerjasama ketika proses pengundian termasuk membenarkan peti undi di-letakkan di premis mereka,” ujarnya.

Farhan menjelaskan, pemilihan presiden bakal berlangsung pada 9 Julai tetapi di Sarawak akan diadakan pada 6 Julai.

“Kita akan menjalankan proses pengundian di Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia antara jam 9 pagi hingga 5 petang pada 6 Julai manakala peti undi bergerak akan ditempatkan di lokasi tertentu pada 25 Jun hingga 2 Julai,” jelasnya.

Seramai 101,588 pengundi Indonesia berdaftar kini berada di Sarawak dan layak untuk mengikuti proses peng-undian presiden dan wakil presiden.

Advertisement