Anda di sini

PLS rekrut mentor baharu 28 Jun ini

Advertisement

MIRI: Projek Lepas Sekolah (PLS) di bawah Kelab Pekerja Interhill bakal merekrut para mentor baharu pada 28 Jun ini di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup.

Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Interhill (Interhill), Agnes Nyelang berkata ini merupakan sesi percubaan bagi sesiapa berminat menyumbang tenaga dan kebolehan dari aspek pendidikan kepada mereka yang memerlukan terutama anak-anak yatim serta kanak-kanak kurang berkemampuan.

“Kita harap ramai pihak tampil menyumbang tenaga dalam kesukarelawan terutama dalam isu pendidikan kalangan anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di sini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, objektif sesi percubaan berkenaan adalah menyediakan wadah bagi mereka yang berminat menjadi mentor dalam PLS.

Sementara itu, ia juga mengajak masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan Miri lebih memahami golongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.

Pada tarikh itu nanti, peserta boleh mengikuti mana-mana sesi dibahagikan kepada dua iaitu pada jam 9 pagi dan 1 petang, bermula PLS berpengalaman daalam pendidikan diikuti meluangkan masa kepada anak-anak terbabit.

“Kita mahu para peserta berasa seronok dan berpuas hati dengan meluangkan masa dengan anak-anak yatim,” katanya.

Pihaknya, mahu masyarakat memandang perkara seperti ini satu peluang sekali gus menjadi perlakuan baharu menyumbang sesuatu kepada golongan memerlukan.

Mengenai PLS, tiada yuran dikenakan manakala pendaftaran hanya dibuat pada laman sesawang beralamat di www.afterschoolproject.com.

Untuk maklumat lanjut, sesiapa berminat boleh menghubungi Agnes sendiri di talian 085-412318 atau e-mel ke [email protected].

Advertisement