Anda di sini

Kerajaan harap projek dirancang berjalan dengan baik, kata Harden

Advertisement

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden berkata, setiap projek dilaksanakan kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan, keuntungan dan kebaikan kepada rakyat khususnya kumpulan sasar.

Menurutnya, segala projek dirancang dan bakal dilaksanakan tidak mendatangkan sebarang hasil sekiranya sering membawa kepada rasa ketidakpuasan kalangan rakyat.

“Justeru itu, kerajaan amat mengharapkan agar segala pelaksanaan projek yang dirancang berjalan dengan baik serta memberi faedah kepada rakyat.

“Oleh itu, gagasan Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ perlu digarap agar kumpulan sasar dan rakyat dapat merasai nikmat kemajuan,” katanya pada Program Hari Gawai 2014 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di Rumah Nyameng, Klassen Simpang, Sri Aman di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, rakyat harus memahami sebenarnya konsep gagasan itu terutamanya rakyat di luar bandar agar mereka tidak merasakan dipinggirkan arus pembangunan negara.

“Peranan ketua masyarakat dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dan diperlukan dalam membuat pemantauan ke atas setiap projek dilaksanakan kerajaan agar sentiasa menepati kehendak rakyat.

“Kita tidak mahu ada pihak tertentu mengaut keuntungan hasil daripada perbalahan sesama sendiri dan akhirnya rakyat itu sendiri yang menangung akibatnya,” katanya.

Advertisement