Anda di sini

Kerajaan berjaya dalam program pulihara buaya

Advertisement

SIBU: Kerajaan telah berjaya dalam program pemuliharaan buaya di mana populasi reptilia itu kini pulih dengan ketara.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC), Datu Ali Yusop berkata pihaknya baharu sahaja menyiapkan kaji selidik ke atas populasi reptilia itu di seluruh negara.

“Bilangan itu meningkat berbanding pada 1985 apabila kita melakukan kaji selidik yang pertama.

“Pada 1985, kita mungkin mempunyai satu buaya di setiap 10 kilometer di sepanjang sungai. Hari ini, kita melihat antara tiga dan enam ekor buaya bagi setiap tinjauan sungai untuk setiap kilometer,” katanya ditemui pada Forum Buaya Borneo 2014 di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah utama sekarang ialah populasi buaya pada usia penetasan dan pembesarannya.

Jelasnya, kumpulan buaya itu tidak pada usia yang stabil.

“Kami berharap melihat bilangan buaya mencapai usia dewasa dan merangkumi kumpulan umur stabil,” kata-nya.

Beliau memberitahu, sejak pengenalan 3M iaitu Bengkel Pemuliharaan Buaya, orang ramai sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam kehidupan bersama reptilia itu.

Melalui bengkel itu, beliau berkata SFC dapat membangunkan strategi baharu dalam pengurusan buaya manakala manfaat awam memperolehi maklumat berguna tentang garis panduan keselamatan dan tingkah laku buaya ketika di sungai.

Beliau berkata, dua kawa-san di negeri ini iaitu Pulau Seduku di Batang Lupar dan Kuching di Wetlands National Park yang diwartakan sebagai habitat semula jadi buaya.

SFC juga mengenal pasti Hulu Sungai Bako dan Sibuti dijadikan tempat perlindu-ngan buaya.

Beliau menambah, kawasan konflik antara manusia dan buaya (keganasan buaya) ialah kawasan terkenal di negeri ini iaitu di Sungai Seblak, Kabong Bahagian Betong dan Niah di Miri.

“Sebab utamanya ialah masyarakat setempat menggunakan sungai lebih kerap daripada yang lain.

“Mereka menggunakan sungai untuk mandi, memancing dan sebagai peng-angkutan utama di mana mereka cenderung dekat dengan buaya,” katanya.

Setakat tahun ini, terdapat empat kes serangan buaya ke atas manusia namun tiada kematian dilaporkan.

“Pada tahun lalu, enam kes yang dilaporkan dan empat kematian direkodkan,” katanya.

Advertisement