Anda di sini

Kempen titik beratkan keselamatan di perairan Sarawak

Advertisement

Oleh Hamimi Kassim

 

RASMI: Amdan (depan) ketika menyempurnakan upacara perasmian Pangkalan Hadapan APMM di Sematan baru-baru ini.

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menganjurkan Kempen Keselamatan Pelaut dan Penumpang sempena Program Sahabat Maritim Mega 2014 dengan jayanya di Kampung Tanah Hitam dekat Sematan di Kuching, baru-baru ini.

Berlangsung pada 16 dan 17 Mei lalu, program berkenaan dilancarkan oleh Ketua Pegarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish.

Selain kempen keselamatan, turut dirasmikan pada program tersebut ialah Pangkalan Hadapan Maritim Sematan yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan strategik dan kepentingan keselamatan di perairan Sarawak, khasnya di Sematan.

Sejurus selepas menerima tabik hormat kontinjen perbarisan Martim Malaysia, Amdan menyampaikan ucapan serta sumbangan 200 pasang jaket keselamatan kepada golongan nelayan tempatan.

Pemberian jaket keselamatan itu merupakan salah satu usaha APMM supaya komuniti maritim tempatan sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan semasa menaiki bot atau turun ke laut.

“Beberapa insiden melibatkan bot karam telah berlaku di kawasan perairan Sarawak yang turut meragut nyawa penumpang.

“Insiden sebegini amat membimbangkan banyak pihak kerana melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang,” katanya.

Bercerita mengenai program tersebut, antara pengisian program ialah pertandingan memancing, perlawanan persahabatan bola sepak, pameran, ceramah agama dan taklimat kesedaran keselamatan bertujuan mendekatkan masyarakat serta memperkenalkan APMM secara lebih dekat kepada komuniti maritim setempat.

Bagi pertandingan memancing, kategori laut dijuarai oleh Rabiel Bujawgili dengan 58.5 markah dan melalui kemenangan itu beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan hamper.

Sementara itu, naib juara ialah Bandara Jol (53.4 markah) dan tempat ketiga Yanto Dami (47.6 markah) membolehkan mereka masing-masing

membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500 serta hamper.

Untuk kategori pantai, juara dimenangi Roslan Deli diikuti Khamarul Hasmawi (naib juara).

Dengan kemenangan tersebut, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan RM150 serta hamper.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit, Setiausaha Akhbar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Wan Ahmad Nizam Wan

Abdul Latip, Pengarah Jabatan Laut Sarawak Zahidin Dol, Kontroler LSS William Jinep, Pengarah Urusan Harwood Timber Abdul Hadi Abdul Kadir dan Penolong Tadbir Sarawak Sematan Zulkipli Morshidi.

Advertisement