Anda di sini

Gerai percuma untuk berniaga bulan puasa

Advertisement

SIBU: Pasar raya Sing Kwong (SKS) Sdn Bhd mempelawa penduduk Sibu berminat menyewa lot gerai makanan atau minuman sempena bulan puasa yang akan tiba.

Lokasi tapak gerai bertempat di lot parkir Sing Kwong Sdn Bhd, Jalan Salim dengan sewa gerai adalah percuma.

Borang pendaftaran boleh didapati di tingkat satu Pasar raya Sing Kwong Salim. Pemohon hanya perlu menghantar borang permohonan berserta deposit RM30.

Pemohon yang layak haruslah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan penganjur termasuk beroperasi setiap hari bermula 27 Jun hingga 26 Julai ini dari jam 2 petang hingga 8 malam.

Setiap gerai harus berada dalam linkungan satu lot parkir sahaja dan tempat berjaja adalah ditetapkan oleh pihak pengurusan Sing Kwong.

Penjaja dinasihatkan membersih kawasan perniagaan sendiri setelah habis waktu operasi serta barang yang berharga harus dibawa balik setelah selesai operasi.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Law melalui talian 084-213339.

Advertisement