Anda di sini

Bomba siasat kebakaran kilang barang kitar semula

Advertisement

KUCHING: Punca kebaka­ran yang memusnahkan pel­bagai barangan kitar semula di sebuah kilang di Jalan Demak Maju, dekat sini lewat malam kelmarin masih dalam siasatan pihak bomba.

Difahamkan, kebakaran yang turut menjejaskan struk­tur bangunan kilang tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 12 tengah malam di mana pihak bomba hanya menerima pangilan berhubung kejadian beberapa minit selepas itu.

Menurut jurucakap bomba, jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian berikutan faktor jarak dan kesukaran untuk mencari lokasi kejadian.

“Dua jentera bomba dike­jarkan ke tempat kejadian bersama 18 anggota termasuk pegawai, di mana operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.08 pagi dan tiada kemalangan jiwa.

“Bagaimanapun, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

Advertisement