Anda di sini

Skuad taekwondo Sarawak mampu melangkah lebih jauh: Mohd Salleh

Advertisement

KUCHING: Pasukan Taekwondo Sarawak berjaya memenangi empat pingat emas dan tiga perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Perlis.

Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) Mohd Salleh Sani berkata, kejayaan cemerlang yang diperolehi pasukan taekwondo Sarawak di Perlis membuktikan bahawa atlet-atlet kita mampu menang bertarung di peringkat kebangsaan.

Menurutnya, Pengerusi Teknikal Negeri dan Ketua Jurulatih Sarawak, Tan Check Joon telah mengetuai pasukan negeri ke Bangkok untuk menjalani latihan selama empat bulan setengah bersama penolongan ketua jurulatih dari Thailand, Kochphoom Nimmit.

“Kedua-dua mereka telah merangka strategi latihan yang istimewa untuk atlet-atlet kita mengasah kemahiran mereka sekali gus mengatasi kelemahan dan memperbaiki kekuatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Sementara itu, Tan berkata beliau tidak menetapkan sasaran pingat emas untuk para atlet kerana semua mereka telah berusaha dengan gigih dan di minda mereka hanya satu sasaran iaitu membawa balik sebanyak boleh pingat emas untuk kontinjen negeri.

“Saya tahu kebolehan mereka dan percaya bahawa mereka pasti memberikan yang terbaik dan tidak menghampakan kita.

“Walaupun terdapat dua pemenang pingat perak kita yang tidak dapat bermain dengan prestasi memuaskan semasa perlawanan terakhir, namun standard keseluruhan pasukan kita telah meningkat berbanding SUKMA XV di Pahang sebelum ini. Kita telah memenangi satu lebih pingat perak kali ini,” katanya.

Tan berkata, di bawah kepimpinan penuh dedikasi dan ahli jawatankuasa diiktiraf, para jurulatih serta semangat dan kerjasama para atlet di samping sokongan ibu bapa kita mampu bergerak maju ke hadapan dan seterusnya bersiap sedia menghadapi SUKMA 2016 di Sarawak nanti.

Senarai pasukan taekwondo Sarawak ke Perlis ialah Pengurus Pasukan: Chun Chuan Pin, Penolong Pasukan: Iviana Ajis, Ketua Jurulatih: Kochphoom Nimmit, Penolong-penolong jurulatih: Li Jin Voon, Pacharaporn Thongchan, Budsaban Surachet dan Joseph Chang.

Pengadil terdiri daripada Thomas Tang dan Shirley Wong.

Atlet wanita ialah Dayang Farhanah, Marena Tee, Cynthia Li, Shirley Kua, Jenny Soh, Michelle Ting dan Audrey Nu.

Manakala atlet lelaki, Chai Chun Hui, Tie Ton Siong, Enzo Zcifo Idi, Virtlam Umpau, Mohd Amirul, Wong Siew Pheng dan Leslie Kong.

Advertisement