Anda di sini

Boateng mahu Kelantan lupakan kegagalan mereka

Advertisement

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Red Warriors George Boateng mahu skuadnya melupakan kegagalan dan memberi tumpuan kepada kempen Liga Super Malaysia apabila bertemu Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Boateng berkata anak-anak buahnya perlu fokus kepada baki perlawanan dalam Liga Super musim ini untuk berada dalam kedudukan terbaik dalam Liga.

“Kami perlu beri tumpuan kepada aksi menentang Lions XII selepas gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA.

“Tinggal lima perlawanan lagi, jadi kami mahu memberi tumpuan kepada semua perlawanan dan kami mahu menang seberapa banyak perlawanan yang boleh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya ketika ditemui di sini semalam. — Bernama

Advertisement