Anda di sini

FAS jumpa penyokong

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun //

Mohon menjadi ahli jawatankuasa penganjur pada masa depan

KUCHING: Per satuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sudah menghantar jemputan kepada penyokong Sarawak, memohon wakil menjadi ahli jawatankuasa penganjur pertandingan pada masa depan.

Presidennya, Datu Sudarsono Osman berkata ini kerana ada antara kelab penyokong mempunyai dedikasi dalam menyokong pasukan Sarawak.

“Kita amat gembira dan berbangga melihat ada kumpulan penyokong seperti ini di Sarawak.

“Mereka merupakan sebahagian daripada pasukan dan kita mahu tahu apa permintaan serta kemahuan mereka,” katanya.

Antara kelab penyokong termasuk GB13, Red Army 88 dan ScoreboardSide Football Guerillas serta beberapa kelab penyokong lain.

Antara alasan Sudarsono mahukan wakil di kalangan penyokong kerana untuk mengekalkan atmosfera meriah di stadium dan pada masa sama mengurangkan denda yang ditanggung FAS.

“Selepas setiap perlawanan, kita membayar denda disebabkan masalah yang ditimbulkan penyokong.

“Ini sepatutnya dihentikan dan sudah tiba masanya kita berjumpa dengan wakil penyokong untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahu,” katanya.

Tambahnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebenarnya bertimbang rasa dengan FAS terutamanya melibatkan masalah yang ditimbulkan ketika sesuatu perlawanan.

Menurut Sudarsono, beberapa tahun lalu Sarawak pernah bermain dalam stadium kosong tetapi berubah sekarang dan beliau berbangga apabila penyokong Sarawak antara terbesar di Malaysia.

Sarawak seterusnya akan menentang T-Team dalam kancah Liga Super malam esok (10 Jun) di Stadium Negeri Kuching.

Advertisement