Anda di sini

Wong rai Gawai bersama 2,000 penduduk DUN Bawang Assan

Advertisement

GERAN MRP: Wong menyerahkan geran MRP kepada seorang tuai rumah sambil diperhatikan oleh Andrew (kiri).

‘MIRING’: Wong (duduk, tiga kanan) sambil dibantu oleh Pemanca Stanley Geramong melakukan upacara ‘miring’. Turut kelihatan ialah Andrew (dua kanan) serta tetamu lain.

SELAMAT DATANG: Wong (dua kanan) disambut oleh Andrew (kanan) serta yang lain pada Majlis Sambutan Pra-Gawai DUN N.47 Bawang Assan.

 

 

Oleh Reno Benjamin //

SERAMAI lebih 2,000 penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.47 Bawang Assan telah menghadiri Sambutan Pra-Gawai DUN N.47 Bawang Assan di sebuah hotel di Sibu, baru-baru ini.

Sambutan yang dirasmikan oleh ADUN Bawang Assan merangkap Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh itu dianjurkan oleh Unit Bumiputera DUN N.47 Bawang Assan.

Hadir sama ialah pengerusi penganjur majlis Andrew Shilling, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pau Kiew Chuang, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Dato Andrew Wong serta ramai lagi.

Program dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu Gawai oleh ahli-ahli Unit Bumiputera DUN N.47 Bawang Assan, selain persembahan nyanyian oleh artis jemputan serta tarian ngajat.

Turut berlangsung pada majlis tersebut ialah penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada rumah panjang dan kampung dari kawasan DUN Bawang Assan.

Pada majlis sama, hampir 100 tuai rumah dan ketua kampung dari kawasan terbabit menyuarakan sokongan kepada wakil rakyat mereka, Wong Soon Koh.

Advertisement