Anda di sini

Landas berdepan Press Metal di pentas akhir saingan Liga MuFA 2014

Advertisement

MUKAH: Pasukan Landas bakal berhadapan dengan pasukan Press Metal di pentas akhir saingan Liga MuFA 2014 selepas berjaya menundukkan Alostar FT dengan 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Padang Mesra Mukah petang semalam.

Babak pertama, keduakedua pasukan bermain dengan baik dan konsisten namun masing-masing gagal untuk menghasilkan gol.

Serangan bertali arus kedua-kedua pasukan tetap gagal untuk menjaringkan gol kerana kedua-kedua pasukan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Namun, babak kedua perlawanan pemain Landas, Asrizal Ramli tidak mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol lawan selepas meledakkan gol tunggal pada minit ke-74 menjadikan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan.

Pasukan Landas akan bertemu Press Metal dalam perlawanan akhir Liga MuFA pada 10 Jun (Selasa) ini di Padang Mesra Mukah.

Sementara itu, juara Liga MuFA 2014 bakal membawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan pingat, manakala dua pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat bagi setiap pasukan.

Anugerah Fair Play akan menerima wang tunai sejumlah RM300 manakala pemain terbaik dan penjaring terbanyak disediakan dengan habuan wang tunai RM200 setiap seorang.

Advertisement