Anda di sini

Agong berkenan kurnia darjah kebesaran kepada 38 penerima

Advertisement

DARJAH KEBESARAN: Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis pada majlis istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim  Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 kepada 38 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda semalam.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor selain Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan hari pertama semalam Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Turut menerima darjah PSM dua bekas Presiden MCA iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Bloomberg TV Malaysia Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Darjah Kebesaran itu turut dikurniakan kepada 17 penerima lain antaranya bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad Datuk Abdul Ghani Othman, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin serta Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hasan Lah turut menerima darjah kebesaran itu selain Datuk Seri Zaleha Zahari, Peguam Cara Negara Jabatan Peguam Negara Datuk Seri Idrus Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Turut menerima darjah PSM, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail, Ahli Lembaga Penasihat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Setiausaha Agung dan Ketua-ketua Eksekutif Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid serta Pengerusi Pavilion Real-Estate Investment Trust (PREIT) Malaysia Datuk Lim Siew Choon.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group Datuk Seri Razman Md Hashim Che Din Md Hashim, Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Mohamad Salim Fateh Din dan Presiden Management & Science University (MSU) Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada 16 penerima.

Penerima semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Ir Dr Wahid Omar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azimah Omar serta Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad;

Darjah kebesaran itu turut dikurniakan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman Senator Rahmani@Rohani Abdullah, Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Senator Lihan Jok, Ketua Eksekutif Midas, Kementerian Pertahanan Left Jen Datuk Dr William Rangit Stevenson, bekas Ketua Pengarah Pos Malaysia M. Rajasingam dan Ketua Eksekutif Amanie Advisors Sdn Bhd Dr Mohd Daud Bakar;

Turut menerima darjah PJN ialah Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Groups of Companies R. Doraisingam, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Berlian Sdn Bhd Rosman Hasan serta Pengerusi Capital Market Compensation Fund Corporation Datuk Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani.

Selain itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Ir Zainudin A Kadir, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Teo Eng Tee@Teo Kok Chee dan Pengerusi Tetap Persidangan United Pasok Momogun Kadazan Dusun (UPKO) Michael S Malanjun (Sitom). — Bernama

Advertisement