Anda di sini

TPM bakal serikan majlis Gawai REDEEMS 23 Jun

Advertisement

Oleh Agnes Tugong

 

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak Karnival REDEEMS Ke-sembilan 2014 pada 23 Jun ini bertempat di Pusat REDEEMS, Kampung Apar, Singai, Bau dekat sini.

Kehadiran pemimpin nombor dua negara pada majlis penuh adat tradisi Bidayuh itu nanti merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau ke kawasan selatan Sarawak pada hari tersebut.

Pengerusi REDEEMS, Datuk Peter Nansian Ngusie berkata selain Muhyiddin turut dijangka hadir pada majlis itu nanti ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta isteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu juga akan hadir bersama dengan barisan menteri-menteri kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

“Karnival Gawai REDEEMS akan berlangsung dari 20 hingga 23 Jun dan program utama pada sambutan kali ini ialah pelancaran cadangan projek Pusat Kebudayaan REDEEMS oleh Yang di-Pertua Negeri.

“Lebih menarik, sambutan kali ini turut menyaksikan perasmian sebuah rumah panjang baharu di hadapan Pusat REDEEMS yang akan dibuka kepada orang ramai untuk acara ‘ngabang’ atau kunju-ngan Gawai,” katanya.

Nansian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru dan Menteri Muda Pembangunan Komuniti dan Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian berkata demikian pada sidang media di pejabatnya, Juara Beetuah yang terletak di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai sambutan tersebut, ia akan bermula pada 20 Jun dengan majlis pembukaan Seminar Karnival Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) pada jam 8 pagi disusuli jualan makanan dan kraf tangan, pameran SCORE, RECODA, MID, TEGAS serta saringan kesihatan.

Pada sebelah malam pula, akan bermulanya upacara ritual Gawai bagi memanggil semangat padi diikuti pu-singan pertama pertandingan ‘Dayung Sikora’ yang disertai oleh 15 peserta bagi mencari Ratu Kecergasan, Ratu Kegemaran dan Ratu Fotogenik.

Aktiviti jualan dan pameran makanan dan kraf tangan serta acara persembahan kebudayaan dengan pelbagai bentuk hiburan lain akan diteruskan pada hari kedua, 21 Jun hingga acara kemuncak ritual Gawai Dayak pada malam 22 Jun iaitu ‘Ngarom Prien.’

Dalam pada itu, sambutan kali ini adalah luar biasa dan istimewa berbanding sebe-lumnya dengan kehadiran julung kalinya Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri baharu bersama Timbalan Perdana Menteri.

Nansian turut menjangka-kan ribuan pengunjung akan mengunjungi Karnival Gawai REDEEMS kali ini bagi sama-sama meraikan sambutan Gawai Dayak yang menjadi alat penyatu bagi rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Advertisement