Anda di sini

Tindakan pantas bomba elak rumah dua tingkat musnah

Advertisement

TERBAKAR: Kepulan asap tebal kelihatan keluar menyelubungi rumah mangsa.

SARIKEI: Tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei pada petang kelmarin berjaya menyelamatkan sebuah ru­mah konkrit dua tingkat di Jalan Tai Sing, di sini daripada musnah akibat kebakaran.

Kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang, apabila salah sebuah bilik yang dijadikan sebagai pejabat oleh pemilik rumah terbabit mengeluarkan asap tebal.

Orang awam yang men­yaksikan kepulan asap yang keluar dari rumah terbabit bertindak pantas melaporkan kejadian tersebut kepada Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Pegawai Bomba Kanan I, Salim Hussin ketika di­hubungi semalam berkata, bomba menerima panggilan daripada orang awam men­genai kejadian terbabit jam 5.59 petang.

“Pada waktu kejadian kita dapati tiada seorang pun pen­ghuni berada di rumah terba­bit. Bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abang Johari sebagai Ketua Operasi bertin­dak memecahkan beberapa kunci rumah terbabit sebelum masuk ke rumah itu.

“Kita menggunakan pili bomba sebagai sumber air memadam kebakaran di bilik terbabit. Bomba mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memadam kebakaran terbabit.

“Punca kebakaran dan jum­lah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan,” kata Salim.

Tiada sebarang keceder­aan dan kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut.

 

Advertisement