Anda di sini

SRS, KRT diminta lebih agresif atasi masalah sosial

Advertisement

KOTA BAHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) Kelantan meminta anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) supaya lebih agresif menangani masalah sosial terutama melibatkan jenayah rogol dan penyalahgunaan dadah.

Pengarahnya Safidah Abu Samah berkata selain membuat rondaan, mereka perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kepada polis bagi menangani masalah sosial.

“Mereka perlu prihatin terhadap jiran-jiran. Sebagai contoh, SRS ini bukan sahaja untuk meronda tetapi membantu pihak polis mengenal pasti kawasan yang ada risiko berlaku jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SRS dan KRT Kampung Buloh Poh di sini, semalam.

Beliau berkata SRS dan KRT perlu mengadakan program kesedaran kepada masyarakat bagi menangani perningkatan kadar jenayah di negeri ini.

“Kadang-kadang masya-rakat ini bila dia rasa selesa, dia kurang jalankan rondaan dan buat aktiviti. Sepatutnya mereka mengadakan program seperti dialog dengan pasukan keselamatan supaya kita dapat salurkan maklumat dengan sistematik,” katanya. — Bernama

Advertisement