Anda di sini

Rosmah kunjungi isteri Perdana Menteri Perancis

Advertisement

PARIS: Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis mengunjungi isteri Perdana Menteri Perancis, Anne Gravoin Valls di kediaman rasminya di Hotel Matignon, di sini.

Rosmah turut diiringi Penasihat Khas Permata di Jabatan Perdana Men-teri Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah.

Dalam pertemuan itu, Rosmah berkata mereka berbincang dan berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu wanita dan kanak-kanak serta trend peningkatan autisme di peringkat global.

“Gravoin telah menunjukkan minat berkenaan Malaysia dan program-program yang kita adakan terutamanya untuk kanak-kanak dan wanita.

“Sehubungan itu, Saya telah menjemput beliau membuat lawatan ke Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan tiga hari di sini.

Rosmah berada di sini bagi menghadiri Persida-ngan Wanita Antabangsa 2014  bertemakan ‘Women: Redesigning Economies, Societies’. — Bernama

Advertisement