Anda di sini

Lelaki ditahan, polis rampas senjata tiruan

Advertisement

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan pada jam 4.38 petang kelmarin di kediamannya di Sungai Ribong di sini berikutan penemuan bebeberapa senjata yang boleh disabitkan dengan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Hasil maklumat diterima, satu pasukan polis men­jalankan pemeriksaan ke atas rumah suspek.

Setelah pemeriksaan di­jalankan, polis menjumpai beberapa barang seperti satu laras senapang ikan buatan sendiri yang ditemui di ba­hagian dapur suspek.

Pada masa sama, polis turut menjumpai beberapa barangan yang disembun­yikan di bahagian dapur seperti satu botol kecil cecair yang dipercayai ‘spirit’ dan sepuluh biji guli.

Semua barangan tersebut dirampas untuk disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Sewaktu menjalankan pemeriksaan di luar rumah suspek, polis turut men­jumpai empat laras senapang patah dipercayai buatan send­iri yang diselitkan di celah-celah atap di dalam kandang menternak babi.

Senjata terbabit turut dirampas Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 (kerana memi­liki dan mengimport sen­jata tiruan) untuk dijadikan barang kes.

Berikutan penemuan terse­but, suspek ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Pusat Sarikei bermula kelmarin untuk menjalani siasatan lanjut.

 

Advertisement