Anda di sini

Kereta musnah dalam kebakaran di LTAK

Advertisement

KUCHING: Sebuah kereta jenis KIA Spektra dilaporkan musnah dalam kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa, tadi.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya yang diketuai Pegawai Operasi Zon 1 Sarawak Mohd Asnan Led berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 9.24 malam susulan menerima panggilan kecemasan jam 8.54 malam.

Tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca masih dalam siasatan.

Advertisement