Anda di sini

Haji: Sistem ‘siapa cepat dia dapat’ punca makin ramai menunggu

Advertisement

KUCHING: Sistem ‘siapa cepat dia dapat’ yang digunakan Tabung Haji (TH) untuk umat Islam menunaikan ibadah haji menyebabkan bilangan menunggu di Sarawak bertambah setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, jika sistem itu terus digunakan sudah pasti akan memberi kelebihan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, memandangkan bilangan umat Islam di Semenanjung Malaysia adalah lebih ramai berbanding di Sarawak, sepatutnya kuota haji di-tetapkan pada kadar ter-tentu untuk negeri ini.

“Secara teorinya kalau mengikut sistem ini, individu Islam yang mendaftar hari ini hanya akan menunaikan ibadah ini 50 tahun akan datang.

“Keadaan ini menyebabkan bilangan menunggu di Sarawak semakin bertambah kerana setiap tahun ada orang mendaftar,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan persekutuan mendapatkan kuota tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata, pengurangan kuota haji sejak tahun lepas dan peningkatan jumlah pendeposit TH menyebabkan ramai umat Islam di negara ini terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mengerjakan haji.

Sehingga Mei lepas, seramai 1.5 juta umat Islam mendaftar untuk mengerjakan haji dengan sejumlah besar daripada-nya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

Gembira dengan usaha kerajaan persekutuan itu, Daud menjelaskan Sarawak patut diperuntukkan 800 hingga 1,000 jemaah haji setiap tahun agar bilangan menunggu dapat dikurangkan.

“Kuota ditetapkan ke-pada Sarawak pernah mencecah 1,600 namun sekarang ia dikurangkan kepada hanya 600 jemaah haji (tahun lepas),” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan persekutuan dan TH dapat mempertimbangkan untuk menambah kuota jemaah haji bagi Sarawak.

Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun berkurangan sebanyak 20 peratus tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan Masjidil Haram.

Bermula tahun lepas, kuota haji baharu bagi Malaysia adalah seramai 22,320.

Advertisement