Anda di sini

Pertandingan Menghias Kek di Emart Matang

Advertisement

KUCHING: Pasar raya Emart di Jalan Matang mengadakan Pertandingan Menghias Kek sempena sambutan Hari Ibu Bapa pada 15 Jun (Ahad) jam 2 petang di pasar raya itu.

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua ibu bapa termasuk penyertaan anak-anak yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun sahaja.

Pertandingan tersebut hanya terbuka kepada 20 penyertaan pertama sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM10.

Hadiah lumayan menanti setiap pemenang dan setiap pasangan ibu bapa akan mendapat sekuntum bunga ros dan token penyertaan.

Pihak penganjur hanya akan menyediakan kek span bersaiz lapan inci tanpa hiasan dan peserta perlu menyediakan semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat dekorasi pada kek tersebut.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 12 Jun 2014, jam 5 petang ke pejabat pengurusan Emart Matang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 082-646377 atau 013-8379632.

Advertisement