Anda di sini

Mangsa kebakaran Rumah Adin Jawa terima geran projek RM100,000

Advertisement

SIBU: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh memberi sedikit kelegaan kepada mangsa kebakaran Rumah Adin Jawa dengan pemberian geran projek sebanyak RM100,000.

Geran tersebut adalah untuk membantu penduduk membina semula rumah panjang mereka yang musnah dalam satu kebakaran pada pagi 3 April lepas.

Bantuan itu diserahkan oleh Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan kepada Tuai Rumah Adin, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pemanca Stanley Geramong yang juga salah seorang penduduk serta mangsa kebakaran rumah panjang di Sungai Engkalat itu.

Dalam kejadian 3 April, jam 8.30 pagi itu, 22 daripada 70 pintu rumah panjang berusia lebih 60 tahun itu musnah dalam kebakaran.

Kejadian menyebabkan 139 mangsa hilang tempat tinggal dan harta benda masing-masing.

Sebelum ini, Wong juga telah memberi bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 139 mangsa kebakaran selain RM1,000 kepada setiap pintu rumah yang terjejas.

Advertisement