Anda di sini

LAKMNS sumbang RM31,800 kepada balu kakitangan yang meninggal dunia

Advertisement

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melahirkan perasaan simpati atas pemergian salah seorang kakitangannya, Segaya Gehai yang meninggal dunia baru-baru ini.

Mendiang Segaya yang berkhidmat sebagai pembantu rendah keselamatan LAKMNS selama 22 tahun iaitu sejak 1992, meninggalkan seorang balu iaitu Salimah Ejon yang kini menetap di Kampung Sinar Budi Desa Wira, Batu Kawah, di sini.

Hasil kutipan sumbangan yang disumbangkan oleh Insurans Perlindungan LAKMNS berjumlah RM30,500, Koperasi MASJA Berhad (RM700) dan Kelab MASJA-SA (RM600) menjadikan keseluruhan sumbangan adalah berjumlah RM31,800.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor kepada balu mendiang di kediaman mereka.

Hadir sama Pengurus Besar LAKMNS Mohamad Sabry Othman, kakitangan LAKMNS Megawati Julaihi dan Nona Zaharia Fadzil.

Advertisement