Anda di sini

Lagi sokongan terhadap peningkatan royalti minyak, gas kepada S’wak

Advertisement

KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mempertimbangkan permintaan Sarawak untuk meningkatkan bayaran royalti minyak dan gas kepada 20 peratus.

Pengerusi PBB N.1 Opar Datuk Peter Minos berkata seperti rakan-rakan pe-mimpin dan rakyat Sarawak yang lain, beliau turut berharap agar kerajaan pusat akan segera mempertimbangkan permintaan Sarawak ini.

Ini kerana menurut beliau, Sarawak ternyata amat memerlukan lebih banyak dana bagi menyalurkan lebih banyak pembangunan kepada rakyat terutama kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan air.

“Jika kerajaan pusat bersetuju untuk membayar royalti sebanyak 20 peratus kepada Sarawak bermaksud Sarawak akan mempunyai tambahan peruntukan sebanyak RM5 bilion, satu jumlah yang amat besar untuk melakukan banyak perkara.

“Bagi saya permintaan Sarawak ini adalah munasabah dengan mengambil kira keperluan sebenar rakyat dan negeri ini yang masih jauh ketinggalan daripada ne-geri-negeri di Semenanjung Malaysia terutama dari segi kemudahan asas.

“Perdana Menteri harus melihat perkara ini dan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada Sarawak dengan mengambil kira sumbangan Sarawak kepada kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh 50 tahun ini,” ujarnya menerusi sistem pesanan ringkas semalam.

 

Advertisement