Anda di sini

PBTM serah bantuan veteran OKU, 14 Jun

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan menyampaikan bantuan khas secara ‘one off’ kepada golongan veteran OKU pada 14 Jun ini di sini.

Menurut Yang Dipertua PBTM Negeri Spencer Birai, pemberian bantuan khas tersebut adalah hasil daripada kutipan Tabung Pahlawan 2013.

“Tujuan penyampaian ini adalah untuk meringankan beban serta mengenang jasa veteran OKU yang telah tercedera semasa menjalankan tugas operasi untuk menjaga keamanan negara pada masa lampau,” katanya.

Jelas beliau, kategori veteran OKU yang layak mendaftar adalah veteran yang ce-dera semasa pertempuran dengan peng-ganas komunis dan elemen-elemen subversif termasuk pencerobohan wilayah negara.

Tambahnya, kategori lain adalah veteran yang cedera kekal semasa bertugas serta veteran yang mengalami kecederaan kekal akibat kemalangan yang tidak disengajakan selepas tamat perkhidmatan.

Selain itu katanya, ia turut merangkumi veteran yang mengalami penyakit kronik yang berpanjangan dan kekal (terlantar) atau mengalami pergerakan yang terhad selepas tamat perkhidmatan termasuk yang tidak siuman atau gila.

Justeru, beliau menyeru veteran OKU yang tergolong dalam kategori seperti dinyatakan segera mendaftar diri dengan menghubungi Pegawai Tadbir PBTM Negeri Garid Sunang menerusi talian 082-456634.

Advertisement