Anda di sini

Majlis makan malam Gawai Dayak Sibu meriah

Advertisement

Oleh Watt Zacchaeus //

HARMONI: Anak-anak SIDS mempersembahkan tarian kebudayaan mereka.

MAJLIS Makan Malam Perayaan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu 2014 telah berlangsung dengan meriahnya serta dihadiri hampir 2,000 masyarakat setempat.

‘Tuai Pengabang’ pada majlis itu yang diadakan di Hotel Kingwood, Sibu baru-baru ini ialah Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berserta isterinya Puan Sri Julia Mawan.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit, Temenggung Sir Adrian Ringgau, Pemanca Stanley Gramong, Naib Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) I Anthony Banyan, Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sibu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ir Alice Jawan serta para tetamu kehormat yang lain.

CANTIK DAN TAMPAN: Barisan pemenang pertandingan kumang dan keling Gawai Dayak Sibu 2014.

Majlis tersebut pada kali ini dikelolakan oleh SIDS Cawangan Sibu dengan kerjasama SDNU Cawangan Sibu, SDNU Cawangan Rajang, SDNU Cawangan Sibu Jaya dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Cawangan Sibu bertemakan ‘Segulai, Sejalai, Sepenemu’.

Pada majlis itu juga, seramai 168 orang pelajar Dayak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun lalu telah menerima insentif pendidikan.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan pelbagai atur cara antaranya persembahan kebudayaan, penyampaian insentif kepada pelajar Dayak yang cemerlang dalam peperiksaan awam, persembahan hiburan daripada artis jemputan dan pertandingan kumang dan keling Gawai, upacara merebahkan ‘ranyai’ dan minum ‘ai pengayu’.

BERMULANYA GAWAI: Mawan (lima kanan) melakukan simbolik perasmian Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu 2014.

Advertisement