Anda di sini

SK Ulu Kabo rapatkan hubungan melalui Majlis Mantar Qawai 2014

Advertisement

Oleh Kelvin Lambai //

MINUM SAMA-SAMA: Acara ‘ngirup ai pengayu’ diketuai oleh Lem (kanan).

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kabo, Saratok telah menganjurkan Majlis Mantar Gawai 2014 di dewan sekolah berkenaan di Saratok, baru-baru ini.

Guru besar Lem Riji berkata, objektif penganjuran majlis ini ialah untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama antara ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat selain untuk mengumpul dana bagi PIBG sekolah berkenaan.

Acara perasmian majlis tersebut telah disempurnakanoleh Yang Dipertua PIBG, Win Jamit.

Majlis berkenaan turut dihadiri sekitar 400 orang tetamu yang terdiri daripada warga pendidik SK Ulu Kabo serta ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat di Saratok.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan acara-acara seperti cabutan nama bertuah, ‘ngirup ai pengayu’, pertandingan kumang Gawai, persembahan lagu tajaan, persembahan suara emas dan acara memotong kek Gawai.

KUMANG GAWAI: Barisan gadis Iban yang menyertai Pertandingan Kumang Gawai SK Ulu Kabo.

Advertisement