Anda di sini

Ops Cantas: 24 kereta, 6 motosikal dan 30 pengguna jalan raya diperiksa

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 24 kereta, enam motosikal dan 30 pengguna jalan raya diperiksa manakala enam saman dikeluarkan dalam Ops Cantas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sekitar bandar raya ini, bermula jam 10 malam dan berakhir 3 pagi pada 31 Mei lalu.

Diketuai Pegawai Medan ASP Abdul Rahim Abdullah, operasi tersebut disertai tujuh pegawai dan 83 anggota IPD Kuching dan ia telah melibatkan tiga lokasi operasi.

Pertama adalah di Batu Lintang yang melibatkan pemeriksaan tiga motosikal, 17 kereta serta 20 pengguna jalan raya dan jumlah saman dikeluarkan di situ adalah sebanyak sembilan saman.

Lokasi kedua ialah di kawasan Gita dengan tiga motosikal dan tiga pengguna turut diperiksa di situ.

Manakala di lokasi ketiga iaitu kawasan Tabuan Jaya, sebanyak tujuh kereta diperiksa dan tujuh pengguna diperiksa dalam Ops Cantas di situ.

Selain Ops Cantas, turut dilaksanakan ialah Ops Mabuk Trafik yang dilakukan di Jalan Laksamana Cheng Ho.

Pada operasi tersebut, jumlah kenderaan yang diperiksa ialah lori sebanyak tiga buah, van lima, kereta 40 dan motosikal 13.

Manakala jumlah pengguna ditahan adalah seramai empat orang dengan tiga daripadanya adalah positif mabuk.

Jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Ops Mabuk Trafik ini adalah sebanyak 16 saman. Dalam pada itu, Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) juga menjalankan pemeriksaan di pusat hiburan untuk ketenteraman awam dan pencegahan jenayah.

Advertisement