Anda di sini

21 saman dikeluarkan daripada 253 kenderaan yang diperiksa

Advertisement

PANDU BERHEMAH: Kelihatam Operasi Gawai Tahun 2014 IPD Kuching bersama Pasukan Sahabat sedang dilaksanakan pada 31 Mei lalu di Jalan Kuching-Samarahan.

KUCHING: Sebanyak 21 saman dikeluarkan daripada 253 kenderaan yang diperiksa semasa Operasi Gawai Tahun 2014 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama Pasukan Sahabat yang berlangsung pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari, 31 Mei lalu di sini.

Operasi yang dilaksanakan di Jalan Kuching-Samarahan itu melibatkan pecahan kenderaan seperti lori (sepuluh buah), van (tiga), kereta (253), 4WD (25) dan motosikal (62).

Mengetuai operasi tersebut ialah Inspektor Mohd Zaki Wahab dengan tiga pegawai dan 14 anggota dengan kekuatan trafik sebanyak lima buah, MPV dua buah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) empat orang, Jabatan Bomba dan Penyelamat (empat orang) dan Jabatan Petahanan Awam Malaysia (JPAM) tiga orang.

Menerusi operasi terbabit, tiada tangkapan dilakukan namun notis dikeluarkan JPJ adalah sebanyak enam notis dan diarah periksa di bawah seksyen 61 (1) adalah sebanyak lima kenderaan.

Selain itu, sebanyak tiga notis dikeluarkan kepada PG1 dan sebuah oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), menjadikan keseluruhan notis dikeluarkan JPJ sepanjang operasi itu adalah sebanyak 15 buah.

Daripada operasi tersebut juga, pecahan saman polis dan JPJ adalah daripada kesalahan yang dilakukan seperti pemasangan lampu HID, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, nombor pendaftraan tidak ikut spesifikiasi, ubah suai eksoz, masalah teknikal untuk kenderaan perdagangan, muatan bahaya dan gagal membawa permit LPKP.

Advertisement