Anda di sini

Keadaan terkawal, walaupun terdapat sedikit kekecohan

Advertisement

TELUK INTAN: Suasana pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga tengah hari semalam adalah terkawal walaupun terdapat sedikit kekecohan di dua kawasan mengundi pada sebelah pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi pada saat-saat akhir.

Beliau berkata kekecohan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

“Kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas,” katanya kepada Bernama.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. — Bernama

Advertisement