Anda di sini

Sembahyang khas untuk anggota bomba di Gereja Anglikan St John

Advertisement

Oleh Florence Nervyn

KERJASAMA: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah zon Sibu bersemangat membersihkan kawasan sekitar Gereja Anglikan St John.

SERAMAI 43 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari tujuh buah balai di bawah zon Sibu menyertai upacara sembahyang khas Kristian sempena sambutan Hari Anggota Bomba 2014, baru-baru ini.

Upacara sembahyang itu diadakan di Gereja Anglikan St John di Jalan Tun Abang Haji Openg di Sibu.

SEMANGAT BERPASUKAN: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah zon Sibu melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan perkuburan dalam kawasan Gereja Anglikan St John.

Turut serta dalam sembahyang tersebut ialah Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mutton Gelanggang.

Sembahyang khas itu diketuai oleh Vicar gereja Anglikan Saint John Reverend Canon Jamal Senada sambil dibantu Deacon Reverend Doyle Owen Laccase.

Setelah selesai sembahyang, pegawai dan anggota bomba turut melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan perkuburan dalam kawasan gereja menerusi Program Jiwa Murni.

KENANGAN BERSAMA: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah zon Sibu merakamkan kenangan bersama Reverend Jamal (tujuh kanan, depan) selepas selesai sembahyang khas Kristian.

Advertisement