Anda di sini

PRK Teluk Intan: Sejumlah 22.95 peratus keluar mengundi sehingga 10 pagi

Advertisement

TELUK INTAN: Sejumlah 22.95 peratus atau 13,754 pengundi
telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan
sehingga 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Cuaca cerah pagi ini memboleh pengundi menunaikan tanggungjawab mereka
seawal 8 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan isteri, Datin Yeoh Pooi
Hoon mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz pada 9.10 pagi.

Tinjauan Bernama mendapati pengundi warga emas turut dibantu petugas SPR
dengan kerusi roda untuk masuk ke pusat pengundian

Peraih undi kedua-dua calon juga kelihatan berada 50 meter dari pusat
pengundian. – Bernama

Advertisement