Anda di sini

Ops Gawai, polis sasar kurangkan lima peratus kemalangan maut

Advertisement

KUCHING: Polis Sarawak menyasarkan untuk mengurangkan kemalangan maut sebanyak lima peratus menerusi Ops Gawai 2014 berbanding operasi sama pada tahun lepas.

Justeru, 35 kawasan di seluruh Sarawak dikenal pasti untuk diberi tumpuan lebih bagi mengurangkan risiko kemalangan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata orang ramai terutama yang dalam perjalanan bercuti sempena Hari Gawai Dayak ini dinasihatkan agar lebih berwaspada ketika melalui kawasan berkenaan.

“Operasi ini akan memfokuskan kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan advokasi iaitu memberi nasihat kepada pengguna jalan raya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Ops Gawai selama 15 hari itu bermula 25 Mei hingga 8 Jun.

Di kawasan Kuching, lokasi dimaksudkan ialah sepanjang Batu 12 hingga Batu 15, Batu 16 hingga Batu 19 dan Batu 21 hingga Batu 24 di Jalan Kuching-Serian.

Di Jalan Matang-Kuching ialah antara Batu 2 hingga Batu 10.

Lokasi-lokasi di Kota Samarahan ialah Kilometer 3 hingga Kilometer 12 Jalan Datuk Mohd Musa dan Batu 8 hingga Batu 9 Jalan Kuching- Serian.

Dua lokasi di Serian ialah Kilometer 53 hingga Kilometer 59 Jalan Serian-Kuching dan Kilometer 61 hingga Kilometer 64 Jalan Serian-Simpang Gedong.

Di Bau, lokasi terbabit ialah Kilometer 12 hingga Kilometer 18 Jalan Bau-Lundu dan Kilometer 11 hingga Kilometer 17 Jalan Bau-Kuching.

Di Lundu, Kilometer 33 Jalan Lundu-Bau.

Manakala di Sri Aman kawasan kerap kemalangan ialah Kilometer 60 hingga Kilometer 66 Jalan Sri Aman-Kuching dan Kilometer 52 hingga Kilometer 59 Jalan Sri Aman-Sarikei.

Di Lubok Antu lokasinya ialah Kilometer 48 Jalan Sri Aman-Sarikei, manakala di Saratok di Kilometer 52 hingga Kilometer 60 Jalan Betong-Sarikei.

Di Betong, Jalan Beladin/ Triso, Maludam dan Jalan Bebangai/ Dabok, Betong.

Kawasan terbabit di Sarikei ialah Kilometer 421 hingga Kilometer 431 dan Kilometer 439 hingga Kilometer 442 Jalan Sarikei-Betong.

Lokasi di Meradong ialah Jalan KJD dan Jalan Kelupu.

Tiga lokasi di Sibu ialah Batu 6 hingga Batu 12 Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Paradom dan Kilometer 20 hingga Kilometer 48 Jalan Sibu-Bintulu.

Mukah membabitkan dua kawasan ialah Kilometer 62 hingga Kilometer 86 dan Kilometer 102 dan Kilometer 117 Jalan Sibu-Bintulu.

Di Bintulu, Batu 5 hingga Batu 13 Jalan Bintulu-Miri, Batu 17 hingga Batu 23 Jalan Bintulu-Miri dan Jalan Bintulu/ Tanjung Kidurong.

Lokasi-lokasi di Miri membabitkan Kilometer 14 hingga Kilometer 22 dan Kilometer 39 hingga Kilometer 44 Jalan Miri-Bintulu dan Kilometer 44 hingga Kilometer 52 Jalan Pesisir Miri-Bintulu.

Di Limbang, Kilometer 25 hingga Kilometer 28 Jalan Batu Danau-Limbang.

Dua lokasi di Lawasan ialah Jalan Lawas-Merapok dan Jalan Lawas-Trusan.

Sabtu berkata lagi mereka yang balik bercuti ke kampung dan meninggalkan rumah di bandar dinasihatkan agar memastikan rumah dalam keadaan selamat.

“Kesedaran orang ramai tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan memaklumkan kepada polis ketika meninggalkan rumah mereka adalah sangat penting,” katanya.

Advertisement