Anda di sini

Oni raih emas kedua peribadi

Advertisement

PERLIS: Chai Oni Yii sekali lagi mencatat nama selaku pemenang pingat emas dengan menjuarai acara Compound 50 meter wanita di Lapang Memanah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh di sini semalam.

Pemanah dari Sarawak itu merekod markah tertinggi sebanyak 338 mata, meninggalkan dua pemanah dari Sabah, Camilly Cynthia Louis yang meraih 337 mata untuk menggondol perak dan Roniza Syafiqah Rone Ong meraih gangsa.

Ini merupakan emas peribadi kedua buat Ong setelah kelmarin cemerlang memunggut emas dalam acara Compound 60 meter.

Turut menyumbang kutipan pingat kontinjen Sarawak, Kho Yee Ting yang menggondol perak dalam acara Recurve 50 Meter Wanita dengan mencatat markah sebanyak 305 mata.

Beliau berkongsi kutipan mata dengan Loke Hshin Hui dari Pulau Pinang namun ditabal selaku pemenang berdasarkan kelebihan ketepatan.

Emas acara tersebut dimenangi pemanah dari Terengganu, Noramalia Hanisa Mazlan dengan kutipan 312 mata.

Sarawak turut menambah koleksi gangsa yang dimenangi Wan Farah Aina Wan Ahamadi dalam acara Recurve 30m wanita dengan mencatat 326 mata.

Advertisement