Anda di sini

Hari Ibu di Kampung Skiat Baru ceria dan mencuit hati

Oleh Patricia Gari //

PANASKAN BADAN: Acara pembuka tirai senaman aerobik sempena sambutan Hari Ibu Kampung Skiat Baru.

Hari Ibu pastinya membawa seribu makna kepada wanita yang bergelar ibu serta insan dipanggil anak dan sudah tentu pelbagai akvititi dianjurkan sebagai pengisian hari tersebut.

Kesempatan itu digunakan oleh Persatuan Kaum Ibu Kampung Skiat Baru di Bau menganjurkan sukaneka khas untuk ibu-ibu serta kaum wanita di kampung berkenaan.

LOMPAT: Para peserta lari dalam guni melompat sepantas mungkin untuk merebut gelaran juara.

Pelbagai acara diadakan antaranya pertandingan terompah gergasi, melastik tin, menyorong tayar, memancing botol, menangkap itik, makan biskut digantung dan berlari dalam guni.

Program yang diadakan di padang bola sepak kampung berkenaan Sabtu lepas bermula seawal jam 8 pagi dengan senaman aerobik disertai kira-kira 60 peserta dibahagikan lapan kumpulan dan acara melastik tin serta menangkap itik nyata mencuit hati penonton juga juri.

Sukaneka itu, dimeriahkan lagi dengan penyertaan kaum bapa dan anak-anak tanpa mengira usia serta jantina.

SASARAN: Melastik tin acara yang paling mencuit hati penonton dan para juri.