Anda di sini

Skuad tenis berpasukan lelaki, wanita mara ke final

Advertisement

KANGAR, PERLIS: Skuad tenis berpasukan lelaki dan wanita Sarawak menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri (KSN) Kangar hari ini.

Dalam acara berpasukan wanita, Sarawak menempah laluan ke final setelah menundukkan Pulau Pinang 2-0 dalam aksi separuh yang berlangsung semalam.

Perseorangan pertama Aslina Chua An Ping mengutip mata pertama dengan mengetepikan Michelle Khoo Li Sha 6-1, 6-1.

Mata kedua diraih menerusi gandingan Linda Liong Ting Ting/Belinda Chai Wei Xin yang menewaskan cabaran Sabrina Gee Zhen Hzui/ Cherylene Tan Sui Ling 6- 2, 6-2.

Anak didik Stevie Din akan berdepan tugas getir menentang Selangor pada perlawanan akhir hari ini.

Aksi berpasukan lelaki pula memperlihatkan penguasaan pemain Sarawak yang mudah meranapkan cabaran Kuala Lumpur dengan 2-0.

Mereka akan mengadakan pertemuan dengan Selangor atau Negeri Sembilan di peringkat final.

Sementara itu, cabaran berpasukan lelaki Sarawak dalam acara badminton berakhir setelah kecundang 0-3 di tangan Selangor pada perlawanan separuh akhir semalam.

Turut hampa skuad berbasikal apabila gagal meraih apa-apa pingat dalam acara ujian masa berpasukan lelaki dan wanita di Lebuhraya Kuala Perlis/Changloon.

Pekayuh lelaki yang diwakili menduduki tempat kesembilan manakala wanita di tempat keempat.

Di gelanggang hoki, skuad wanita kembali menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir setelah mencatat keputusan seri 1-1 dengan Johor.

Anak didik Siva Subramaniam bagaimanapun perlu menewaskan Sabah pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B hari ini.

 

Advertisement