
LONTARAN EMAS: Aksi Michael ketika menggondol pingat emas dalam acara baling tukul besi semalam.
Atlet kelahiran dari Sarikei itu mencatat rekod baharu kejohanan
Oleh Harry Ilias //
KANGAR, PERLIS: Acara olahraga yang menyingkap tirainya di Stadium Tuanku Syed Putra semalam membawa tuah buat kontinjen Sarawak apabila dua emas, satu perak dan satu gangsa berjaya dibawa pulang.
Michael Sia Sung Dak paling awal menceriakan kontinjen Sarawak dengan menggondol emas dalam acara lontar tukul besi lelaki.
A t – let kel a h i r a n Sarikei itu me n c a t a t rekod baharu kejohanan dengan lontaran sejauh 56.98m, mengatasi rekod lama milik rakan senegeri Jacky Wong sejauh 55.23m yang dicatatnya pada SUKMA 2012 di Pahang.
P e r a k di r angkul J a c k s o n Wong Cheun Young, juga dari Sarawak dengan lontaran sejauh 50.05m.
Manakala Rizhan Rajmi dari Perlis dengan lontaran sejauh 46.55m meraih gangsa.
“SUKMA kali ini adalah yang terakhir buat saya dan ia sungguh bermakna setelah saya berjaya menghadiahkan emas untuk Sarawak,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah semalam.
“Saya mula menceburi sukan ini sejak empat tahun lepas dan saya akan terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki pencapaian.
” Menurut atlet berusia 20 tahun itu, sasarannya kini adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Jacky Wong sejauh 62.15m.
Selain itu, beliau turut berhasrat untuk mewakili negara pada Sukan SEA di Singapura pada tahun depan.
Atlet dari Sarikei terus menguasai acara padang dengan giliran Queenie Ting Kung Ni merangkul emas dalam acara akhir melempar cakera wanita.
Beliau merekod lontaran sejauh 42.47m untuk menggondol tempat pertama, meninggalkan Choo Kang Ni dari Johor dengan perak (37.83m) manakala atlet tuan rumah Anny Tang Siew Ung mengutip gangsa (34.41m).
Dalam acara 5000m jalan kaki wanita, Sarawak mengutip gangsa menerusi Nur Aisyah Ahmat dengan catatan masa 26:15.83s.
Emas disandang Elena Goh Ling Yin dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan catatan masa 25:59.38s manakala perak milik Pua Ling En dari Johor (26:06.46s).