KANGAR, PERLIS: Kem memanah Sarawak ceria semalam apabila Chai Oni Yii berjaya meraih emas dalam acara Compound (60 meter).
Chai Oni cemerlang sepanjang saingan sekali gus berjaya mencatat 334 mata keseluruhan.
“Permulaan baik bagi kami dengan kejayaan Chai Oni Yii meraih emas pertama semalam dalam acara kegemarannya,” kata ketua jurulatih, Abdul Razak Yaacob ketika mengulas kejayaan anak didiknya itu.
Menurut Razak, beberapa acara lain turut membabitkan atletnya sepanjang semalam akan tetapi hanya Chai berjaya meraih emas.
Justeru tegas Razak, misi anak-anak buahnya diteruskan untuk saingan hari ini dan akan turun dalam dua acara iaitu 50 dan 70 meter Compound dan Recurve (lelaki & wanita).